Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

29 July 2009

(Gambar) Pernikahan Johan Dan Ozlyn


PASANGAN kekasih ini memang tidak lekang dengan pelbagai cerita yang kurang enak. 'Kemesraan' yang sering ditunjukkan oleh Johan Raja Lawak, 25, dan pelakon Ozlyn Wati, 28, di hadapan khalayak adakalanya kurang disenangi oleh banyak pihak.

Namun, baik Johan mahupun Ozlyn, walau dilihat cukup 'mesra', mereka akui masih tahu batas-batasnya. Dan kerana tidak mahu masyarakat terus mengecam, mereka merasakan ikatan perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mengakhiri kata-kata negatif itu.

Akhirnya, dengan sekali lafaz, Johan dan Ozlyn sah bergelar suami isteri pada 25 Julai lalu di Masjid Lembah Jaya, Ampang. Majlis pernikahan tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Pada majlis yang menyaksikan pasangan tersebut mengenakan busana ala-padang pasir itu, Ozlyn menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Ozlyn juga berkata, dia berharap tidak ada pihak yang berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis pernikahan mereka tempoh hari di atas faktor-faktor tertentu.-mstar



Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top