Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

12 July 2009

(Gambar) Sham Kamikaze Berkahwin Dengan Gadis Batu Pahat


Selamat pengantin baru diucapkan kepada pemain gitar kamikaze, sham dan pasangannya farazilah. Majlis kenduri kahwin itu diadakan selepas hampir setahun mereka bernikah dan majlis berlangsung di rumah farazilah di Kampung Sungai Kluang.

Walaupun majlis itu diadakan sederharna,ia tetap meriah dengan kehadiran rakan-rakan artis pasangan tersebut dan juga sanak saudara.Turut hadir ialah bapa Sham, Mohd. Salleh Abdul Aziz, 61, dan ibunya, Mariam Abdul Ghani, 58.Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak mengadakan majlis bersanding.

Sebaliknya, mereka hanya menghadiri jamuan pukul 2 petang dengan Shamril yang lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze yang hanya berpakaian kot warna krim dan isterinya bergaun pengantin juga berwarna krim.Sebaik tiba di pekarangan rumah, pasangan itu diiringi kumpulan kompang dan bunga manggar, disambut oleh saudara mara serta rakan dan disusuli dengan persembahan silat pengantin.

Menurutnya, mereka telah berkenalan dan berkawan selama enam tahun tetapi bibit cinta hanya berputik dua tahun lalu sehingga membawa ke jenjang pelamin.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top