Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

17 July 2009

Isu Tudung Siti Nurhaliza


KALAU sudah namanya penyanyi nombor 'satu' negara, maka dari hujung rambut hingga ke kaki memang semuanya dipastikan terbaik. Namun,imejnya sering kali dipertikaikan dan tidak pernah habis dijadikan isu. Sejak penghijrahan mengenakan tudung ala selendang selepas menunaikan Haji pada awal tahun 2008, kritikan demi kritikan mula diterimanya. Agak lama juga isu tersebut mahu reda.

Baru-baru ini,Siti telah mengadakan Konsert Satu Eksklusif Siti Nurhaliza di Panggung Sari, Istana Budaya. Gara-gara Siti mengenakan selendang hitam yang dililit seperti sanggul semasa konsert serta pada sidang akhbar selepas konsert, isu tudung Siti mula dibangkitkan semula.

Ditanya adakah dia akan membuka tudungnya dan kembali kepada imej lamanya, isteri kepada Datuk Khalid Mohammad Jiwa ini dengan penuh berhemah menjawab persoalan tersebut.Dalam tenang nada jawapannya tetap terasa ketegasannya.

"Kadang-kala, nak puaskan hati semua orang memang susah. Sejak bergelar artis, Siti buat apa yang termampu untuk memuaskan hati semua pihak.Bila dengar komen-komen orang, tak adalah Siti geram dan nak buka balik tudung. Cuma Siti tak mahu komen lebih-lebih.Biar orang melihat sendiri perubahan Siti. Janji Siti tahu apa yang Siti buat dan Tuhan tahu niat Siti,"




Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

5 comments:

  1. dh dtuk k x bgi ct pki tdung cara yg btul,nk buat camna...

    ReplyDelete
  2. Cakap "TUhan tau niat Siti" tapi pada masa yang sama engkar arahan tuhan dedahkan aurat. Pe benda ni ?

    ReplyDelete
  3. sengal tul......bukak je la, abih cite

    ReplyDelete
  4. ntah..pakai tudung pn nampak jambul..lebih baik xyah pakai..lagi bedosa mempermainkan suruhan Allah..

    ReplyDelete
  5. x payah pakai lagi bagus SITI...macam nak mempermainkan agama pulak.. dalam islam mana ade cakap bley pakai tudung separuh2??
    sama je la cam x pakai..bek xpyh PAKAI!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top