Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

01 August 2009

(Gambar) Bekas Ratu Dangdut, Amelina Diusir Dari Rumah Sewa


Suasana pekarangan banglo berkembar dua tingkat yang disewa bekas ratu dangdut, Amelina di Kota Kemuning di sini semalam kecoh apabila dia dan suaminya cuba menghalang tindakan pemilik kediaman itu, K. Madhavankutty, 47, daripada mengeluarkan perabot dan barangan peribadi mereka

Madhavankutty bertindak demikian selepas mendapat perintah Mahkamah Majistret di sini pada 21 Julai lalu yang membenarkan pelaksanaan Writ Distres (milikan secara pecah masuk).

Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharifuddin, 35, bersama suaminya, Reduan Mahamood tiba di kediaman itu pada pukul 10.50 pagi sewaktu operasi mengeluarkan barangan mereka dilakukan selepas rantai dan kunci mangga pagar dipecahkan oleh kontraktor.

Amelina mendakwa, pemilik rumah itu tidak berhak berbuat demikian kerana pihaknya telah membuat segala bayaran kepada mahkamah, sekali gus menangguhkan perintah pecah masuk tersebut.

"Kami sudah bayar semua kepada mahkamah berjumlah lebih RM4,000 dan sepatutnya tindakan melelong barangan milik kami di rumah itu tidak boleh diteruskan.

"Pemilik rumah sengaja mahu malukan kami di depan pemberita. Ini perbuatan zalim kerana kami ada writ menghalang tindakan ini," luahnya kepada pemberita.
















Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

5 comments:

  1. keling mmg cmtu...

    ReplyDelete
  2. lma xde berita...ingatkan idup sempurna...
    tup...tup..kluar cite x bgus.
    ape da jadi????

    ReplyDelete
  3. kesian amelina. sabar ye kak dugaan tu.

    ReplyDelete
  4. Lain kali bayarlah sewa. Nak sewa rumah biarlah ikut kemampuan budget sendiri. Tak payahlah nak berlagak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top