Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

22 April 2010

(Gosip) Ratu Rock Dilamun Cinta, Kekasih Ella 15 Tahun Lebih Muda?

ella
Disclaimer: Sumber artikel diperoleh daripada forum terkemuka di Malaysia Cari.com.my

Lama kita tak dengar cerita ratu rock kita nie kan? Ok sekarang ada gosip yang boleh dikatakan hangat juga mengenai Ella. Kisah ratu rock, Ella dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki berusia 15 tahun lebih muda.

Lelaki itu dikatakan agak kacak dan berkerjaya dan beliau bukan datang dari keluarga yang berada. Apa yang lebih penting disini, pemuda yang berumur 29 tahun itu seorang yang bujang dan belum bersedia untuk berumah tangga. Maybe dia nak enjoy lagi kot dan tak nak ada apa-apa komitmen lagi.

Berikutan dengan pendirian lelaki terbabit, Ella dikatakan kurang senang dengan kekasihnya itu tetapi atas dasar sayang, cinta yang utuh beliau sanggup atasi itu semua. Cheh!

Mungkin kerana perangai manja gedik-gedik Ella yang keterlaluan, dikatakan ramai kawan lelaki terbabit kurang senang dengan beliau. Sekali lagi kerana dek terlalu sayangkan Ella, lelaki terbabit sanggup menghadap apa sahaja yang dikatakan oleh rakan lelaki tersebut.

Apa yang aku baca dan lihat, hubungan antara Ella dengan lelaki yang lebih muda dari beliau adalah sangan serius, dan aku harapkan hubungan mereka diakhiri dengan perkahwinan. Lagipun Ella bukannya muda lagi.


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top