Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

26 May 2010

Gambar Luka Johan Raja Lawak, OzLyn Trauma

luka johan raja lawak
Disclaimer: Sumber artikel diperoleh daripada forum terkemuka di Malaysia gua.com.my

Sebelum ini aku ada buat entry mengenai Johan Raja Lawak Cedera Bergaduh Dengan Pengarah Drama di salah sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2 Sikamat. Dalam insiden itu, Johan mengalami kecederaan di dahi akibat dibaling kaca oleh Mohd Javed Mohd Nizar. Ketika kejadian, Ozlyn yang berada di situ bersama-sama dengan kru produksi cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Daripada kejadian itu isteri Johan, Ozlyn mengalami trauma.
“Saya trauma. Perkara itu berlaku di depan mata saya sendiri,” ujar Ozlyn yang ditemui ketika menemani suaminya di majlis pelancaran program, ‘Galaksi Sharp’ di The Curve, semalam.
Menurut sumber yang aku baca, pasangan suami isteri ini tidak lagi berlakon dalam drama komedi seram tersebut yang melibatkan mereka sebagai pelakon utama.

Ozlyn turut memberitahu, Javed ada menghubungi mereka selepas insiden itu berlaku.

“Kami tak berjumpa, cuma dia ada telefon. Tapi ia lebih ke arah meminta kami untuk tarik balik laporan. Selepas itu, baru dia ada meminta maaf.

“Saya tak mahu komen lebih lanjut. Seniman ada bagi nasihat apa yang patut kami buat. Kami tengah tunggu siasatan dari polis dan dah jumpa peguam. Tapi kami belum buat apa-apa keputusan lagi.”

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top