06 June 2011

Menghiburkan Diri Ke Universal Studio Singapura *Ohsemness!!

Tanggal 3 haribulan 5 2011, aku dan seorang kekasih dan 6 orang rakan lain ke Universal Studio Singapura. Memang sudah lama niat di hati nak pergi, yelah ramai kawan-kawan aku suma cakap USS ni sangat best lagipun aku dah lama tak berjalan jauh dengan kawan-kawan.

Kami berlapan bertolak ke Johor Bahru pada pukul 10 malam hari Jumaat, dan sampai ke Tune Hotel Danga Bay Johor Bahru hampir 4 jam memandu dari Seremban. Kami sewa 2 bilik cuma untuk melelapkan mata sahaja.

Dua malam yang sekejap di sini

Setalah merehatkan diri dan tidur dalam 2 jam sahaja di hotel, kami bergegas ke Kota Raya JB untuk menaiki bas ke imigresen dan seterus ke ke Singapura. Seriously aku cakap memang leceh. Kena lalu imigresen segala bagai. kena check itu ini. Kat sini kalau korang nak pegi Singapore naik bas take note ok. Selepas bas sampai ke imigresen di Woodland, korang kena berlari atau jalan laju dan bergegas settlekan cop, scan bagai dalam tu, kalau lambat pasti bas yang dropkan korang mula-mula sampai tadi akan tertinggal. *kami tertinggal dan tunggu hampir 1 jam 15 min untuk bas yg seterusnya tiba..

Timing kami dah lari sebenarnya. Kami set masa nak masuk USS pada pukul 10 pagi tapi akibat bas musibat tu, kami masuk dalam pukul 12. Dalam perjalanan aku ke Sentosa Resort, aku lihat persekitaran tak banyak beza pun dengan Malaysia, cumanya Singapore ni negara dia bersih. Susah nak nampak sampah.

Hampir 45 minit perjalanan dari Woodlands sampai lah kami di USS. Nampak lah Globe yang besar and bergambar. Lepas puas kami posing maut di Globe US, aku gerak masuk tanpa berbekalkan makanan dalam perut. Hahaha. Lagipun elok juga kami tak makan makanan yang berat-berat. Sebab nanti takut muntah pula lepas naik Roller Coaster yang memang tahap gila gaban. Cuma nak bagitau beza harga makanan dalam ni lebih kurang macam di Genting Highland. Mahal nak mati!

Far Far away Shreak - 4d Terbaik!!

Gunting nak?LOL

Bersama Kekasih Hati :)

8 of us at USS

Lopeh gian

Siapa-siapa perokok tegar macam aku nih, korang rasa menyangap je dalam USS, sebab kat sana tak boleh nak hisap macam kat Malaysia. Dalam USS ada smoking area yang disediakan untuk merokok. Kalau kau nak hisap juga kat tempat lain boleh. Tapi siap la kena fine nanti dengan polis kat sana. Hahaha!

Apa yang aku boleh cakapkan selepas je keluar dari USS ni adalah tempat percutian yang terbaik penah aku pergi. Paling best Roller Coaster indoor Revenge of the Mummy dan Galactica coaster. Kalau korang pergi tapi tak cuba memang korang insan paling rugi sekali dalam dunia. -LOL-

Lagi satu benda yang harus cuba dan rasa adalah Popcorn tah apo namo tah. Yang penting rasa dia memang sedap gila dan harga dia memang mahal tapi memang kena dengan rasa dia yang lemak manis.

Setelah hampir sehari suntuk kami berjalan kat dalam USS ni. Dengan beratur panjang hampir 1 jam untuk naik Roller Coaster, dengan cuaca panas teriknya, aku cukup puas hati dengan tiket semahal tu. Tapi untuk shopping kat USS korang kena stanby duit lebih kalau nak beli souvenir tuk orang kampung. Gahahaha! Ok chaw! Next Trip aku adalah Pulau Krabi! tapi tahun depan lah..hahahaha...

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top