Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

22 November 2011

Gambar Perkahwinan Ezlynn Dan Adam

Gambar Pernikahan Ezlynn Dan Suami


Selepas berkenalan enam tahun lalu, akhirnya penyanyi Ezlynn atau Azline Ariffin,30, telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin,35, sekitar jam 6 petang tadi.


Dengan sekali lafaz, majlis akad nikah telah selamat disempurnakan oleh bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.


Ezlynn yang juga pelatun lagu Hi Hi Bye Bye itu kemudian menerima sebentuk cincin bertahtakan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Adam bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.

Selain sebentuk cincin, Adam turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 serta wang hantaran sejumlah RM20,020.20.

Mempelai telah mengenakan busana rona merah jambu tajaan Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations.


Pada majlis bertunang yang diadakan sekitar jam tiga petang, pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang.

Antara hantaran yang diterima Ezlynn adalah seperti kasut, senaskah Al-Quran dan tas tangan.

Sementara Adam pula, menerima hantaran berupa senaskah Al-Quran, kain songket, kemeja dan cuffling, pakaian untuk berbasikal, sepasang kasut, set haruman serta kaca mata.


Rekaan dan deko pelamin berkonsepkan klasik kontemporari ditaja oleh CheDet Butik Nasha, manakala rupa paras Ezlynn telah ditata rias oleh juru mekap Nurul Shukor.

Ezlynn turut menggayakan aksesori seperti sepasang subang gabungan berlian dan butiran mutiara tajaan Rafflesia Pearl Center.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi besar-besaran yang dijangka akan diadakan pada 21 Januari tahun depan.





sumber: murai.com.my

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top