Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

05 December 2011

Adik Khairul Fahmi Meninggal Dunia. Al- Fatihah

Adik Penjaga Gol Harimau Malaya Apek Meninggal Dunia

Takziah aku ucapkan kepada Khairul Fami dan sekeluarga ke atas pemergiaan adik tersayang, Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Punca kematian Allahyarham ialah demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.

Berikut ialah kata-kata Apek: Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai. Takziah sekali lagi kepada Apek dan keluarga atas dugaan ini. Al-Fatihah.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

1 comment:

  1. Sama senegeri dgn Khairul Fahmi, oleh itu rasa bersalah tak ucap takziah pd keluarganya. Al-fatihah...Amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top