Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

11 December 2011

Gambar My Kad Baru 2012 - Kad Pengenalan Baru 2012


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, beliau menyatakan bahawa MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

Kepada Anda yang memiliki MyKad pun tahu sendiri kualiti sekarang, cipnya yang sensitif tu kadang-kadang tak detect, struktur kad yang mudah patah, plastik pelindung terkeluar, dan sebagainya. Jadi kesannya banyak urusan terganggu dan membazir masa sebab kena buat mykad baru. Apapun MyKad sekarang nie lebih baik dan banyak kegunaan daripada Kad Pengenalan Plastik yang lama dulu kan? Kiranya ada improvement la di situ. Tahun 2012 depan nak keluarkan yang terbaru.

Kepada pemohon baru yang memohon Mykad mulai tahun depan, mereka akan diberikan MyKad struktur baru tersebut manakala pemegang MyKad lama (yang sedia ada sekarang) bolehlah menukar kad lama mereka dengan MyKad yang baru. 

Merujuk kepada Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, tiada kos ataupun bayaran dikenakan untuk permohonan baru kad pengenalan bagi umur 12 tahun (dalam masa 30 hari) tetapi kalau lewat daripada tu akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM10 manakala untuk gantian Mykad rosak, Mykad hilang, tukar alamat ataupun pindaan butiran dalam Mykad, bayaran akan dikenakan tidak melebihi RM10. Untuk maklumat lanjut, Anda boleh rujuk terus Laman JPN sendiri.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top