GUA menampilkan lima fesyen paling cun yang pernah digayakan oleh golongan ini. Cuba lihat siapa yang terpilih.
1. Dynas (ABPBH 2010)
Pelakon tinggi lampai ini memang nampak cantik dan anggun setiap kali berjalan di karpet merah. Dynas bijak memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badannya.
Pada acara karpet biru Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
(ABPBH 2010) lalu, Dynas mencuri perhatian dengan gaun meleret dan
terdedah di belakang. Biarpun ada yang tidak suka dengan penampilan
Dynas ini, GUA berpendapat gaun berhias batuan ala permata ini ‘cocok’
dengan bentuk badannya.
2. Fasha Sandha (ABPBH 2010)
Fasha Sandha memang bijak mencuri tumpuan dalam berfesyen. Walaupun
penampilannya di majlis pelancaran Majalah Lisa menjadi kutukan ramai
tetapi gaun yang digayakan Fasha di ABPBH 2010 April lalu memikat mata
memandang.
Walaupun potongan ringkas tetapi gaun rekaan Wanpa ini menonjol dengan
rekaan ropol-ropol di bahagian bawah. Tambah menarik, ia dipadankan
dengan clutch berona merah terang!
3. Erra Fazira (ASK 2011)
Pernah atau tidak selebriti yang seorang ini tampil dengan fesyen
pakaian yang menyakitkan mata? Bagi GUA, Erra Fazira tidak pernah
mengecewakan jurugambar yang merakamkan fotonya. Selain bijak memilih
persalinan yang sesuai dengan bentuk badan, Erra juga sering muncul
dengan rekaan terkini.
Gaun rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan Erra pada Anugerah Skrin 2011
lalu cukup menawan. Pemilihan warna hitam menyerlahkan ciri-ciri klasik dan elegan. Bagi menepati tema pakaian malam itu, Rizman Ruzaini tidak lupa meletakkan perincian berona emas di bahagian bahu dan lengan gaun ini.
4. Neelofa (ASK 2011)
Mungkin ada yang kurang setuju dengan pemilihan busana Neelofa ini.
Tetapi tidak boleh dinafikan gaun biru firus ini membuatkan penampilan
Neelofa menjadi tumpuan ramai.
Buktinya, ketika Neelofa berjalan di karpet merah Anugerah Skrin 2011
lalu, dia dihujani dengan lensa kamera yang tidak henti-henti merakamkan
gambarnya. Potongan gaun yang kembang di bahagian bawah memberi ilusi
pelakon ini tampil lebih tinggi.
5. Maya Karin (FFM 24)
Heroin filem pecah panggung ‘Ombak Rindu’, Maya Karin tampil dalam
busana moden kontemporari yang cukup memikat di acara kemuncak Festival
Filem Malaysia ke 24 baru-baru ini. Gaun berpotongan kebaya moden itu
menyerlahkan ciri-ciri kelembutan yang ada dalam diri Maya.
Bagi menyuntik elemen glamor dan
mewah, perekanya menggunakan sulaman emas pada perincian gaun berona
merah jambu ini. Hiasan pinggang dalam rona berbeza pula menyerlahkan
bentuk badan Maya.
via: gua.com.my
Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook






No comments:
Post a Comment