KUALA LUMPUR 16 Dis. -
Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping
gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di
dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai
berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia
lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap
bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana
sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan
masyarakat Barat.
Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah
memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu
berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.
Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.
Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.
Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang
dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan
klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan
homoseksual dikendalikan laman web berkenaan. -Utusan Online
Sumber gambar: blog Panglima Api dan tokobakso.com
Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook













tajaan petronas tp jd cmtu... terlampau cerdik sgt la tu
ReplyDelete