Gosip terbaru yang aku baca di melvister.com adalah berkenaan dengan pasangan yang dulunya hangat bercinta iaitu Hafiz AF7 dan Adira AF8 sudah pun putus. Punca keretakan hubunga mereka tidak pula mereka nyatakan. Sila baca kenyataan yang diluahkan oleh Hafiz dan Adira selepas ini.
Menurut hafiz:
Tidak
dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa
bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat
seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara
yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah
menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk
menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang
tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya
diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan
Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya
sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan
hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan
kami, saya akan lakukannya
Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

0 Comments:
Post a Comment