Pembaca berita TV3 Jay Jamalina telah meminta maaf secara umum di laman sosial twitter miliknya sendiri selepas beliau tersasul menyebut nama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Dalam siaran Buletin Utama yang
disiarkan secara langsung semalam, Jay Jamalina melaporkan tentang
lawatan kerja Najib ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi meningkatkan
hubungan dua hala antara kedua negara yang dijangka mampu meningkatkan
jumlah pelaburan pada tahun ini.
Insiden
tersasul itu dikatakan berlaku memandangkan Jay Jamalina atau nama
sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali, sebelum itu telah berkali-kali
menyebut nama Anwar pada laporan-laporan berita berhubung keputusan kes
liwat Ketua Pembangkang itu yang akan diketahui esok.
Sumber: Mynewshub
Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

0 Comments:
Post a Comment