Keputusan terkini perbicaraan Anwar Ibrahim kes liwat di Makhamah dimana terbukti bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah.
Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya,
Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad
Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah
Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Mohamad
Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa
integriti sampel DNA tidak terusik. “Saya mendapati adalah tidak selamat
untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada
keterangan Saiful.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan
kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai,
bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi
dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil
termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Ia
adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah
dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar. Bagi tuduhan berkenaan,
Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun
oleh Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan
menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan
Anwar.


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook
0 Comments:
Post a Comment