Pelajar UPSI Ditahan Polis Adakan Perhimpunan Haram
Pelajar UPSI ditangkap polis kerana mengadakan perhimpunan haram. Boleh dikatakan 17 mahasiswa UPSI ditahan gara-gara perhimpunan tersebut. Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.
Ada
laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu
namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Antara
yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan
kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.
Kesemua
mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah
Tanjung Malim. Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan
mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan
Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.
Ketua
Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang
disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku
itu.
Beliau memberikan masa lima
jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua
17 mahasiswa yang ditahan itu. Beliau juga mendesak pihak polis
bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada
mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.
Sumber: mynewshub
Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook





padan muka tadak keje cari keje,tadak nyakit cari nyakit...lepas tu salahkan org,ingat dia jer rakyat malayisa,ingat dia jer pelajar U,sendiri buat sendiri tanggung lah,yg tak wat rilek jer,tak leh sakit apa pon....meke belajar dgn senang hati...kau org makan hati...anak bangsa yg tak guna....
ReplyDeletebiar mampus lagi baik. macam ni ke nak jadi cikgu. ptuihhhhh!!!! suruh belajar tak nak belajar gibuat kecoh macam bagus sangat. oh lupa nak bagi tau majoriti yang buat kecoh ni CGPA 2.5 ke bawah tunggu nak kena tendang kuar dari u je. bodoh punya melayu. bua malu mahasiswa melayu je. bertaubat lah oiii!!!!
ReplyDelete