Ramai yang dah tahu mengenai pengharaman lagu Zizan dan Kaka oleh kerajaan ni aku rasa. Punca lagu bawaku pergi nyanyian zizan dan kaka telah diharamkan kerana maksud lirik lagu yang tidak menyenangkan sesetengah pihak. Bawaku Pergi dendangan Zizan & Kaka telah diberhentikan penyiarannya apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja.
Bagi aku, sebelum lagu ni keluar pun dah banyak remaja hilang dan melarikan diri dan ramai juga aku rasa akan menyangkal pengharaman lagu ini. Tidak sangka pula, kerajaan telah
bertindak mengharamkan lagu itu atas dasar satu pendapat sahaja. Bukan
saja kami, malah ramai lagi yang tidak puas hati dengan pengharaman lagu
itu. Takkan lah sebab dengar lagu, remaja nak lari rumah
kot? Dan punyalah banyak lagu lagu Barat lain yang lebih teruk unsur
negatifnya masih dimainkan di negara kita ni, tak diharamkan pun
kenapa?
Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

No comments:
Post a Comment