Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

21 May 2012

Adi Putra Tarik Kes Batal Ceraikan Isteri.

Pelakon Adi Putra yang mengatakan mahu menyelesaikan kes rumah tangga dengan isterinya Aida Yusof di Mahkamah Syariah menggambil keputusan menarik balik kes berkenaan.

Difahamkan Adi yang memfailkan penceraian pada 14 Mei lalu menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin. Wartawan yang berkumpul di mahkamah berkenaan bagaimanapun gagal bertemu dengan pelakon itu.

“Saya baru pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini,” katanya.

Adi dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi. Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.

Sumber: Mstar Online

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top