Hari ini (9 Julai 2012) kecoh tentang berita pasangan yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. Punca kejadian amuk oleh pasangan suami isteri ini adalah ingin menjatuhkan kerajaan. Pasangan ini bersenjatakan pedang Samurai telah bertindak ganas apabila mereka memecahkan cermin kereta awam yang ketika itu berada di tempat letak kereta yang tidak jauh dengan bangunan B1 yang menempatkan Biro pengaduan awam.
Walaubagaimanapun, pasangan amuk ini gagal untuk memasuki bangunan JPM apabila mereka ditembak oleh pihak polis apabila amaran supaya pasangan ini menyerah diri gagal. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala
pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk
rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu
menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali
![]() |
| Gambar Pasangan Mengamuk Di Kompleks Jabatan Perdana Menteri JPM |
Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook




No comments:
Post a Comment