Mangsa Muhamad Saiful Daud, 19, (gambar) yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 mati di tempat kejadian, manakala sepupunya, Mohd. Zulkarnain Mohd. Yusof, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai dalam perjalanan ke Shah Alam.
“Mangsa dipercayai terbabas ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pemeriksaan di dalam beg mangsa ditemui bendera dan jersi skuad Kelantan. Sementara itu, di Kuala Krai, ibu Muhamad Saiful, Noraini Abd.
Rahman, 43, berkata, mangsa sebelum ini tidak merancang menonton perlawanan akhir bola sepak tersebut di Shah Alam. (Kosmo Online)
Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG kini di S.Alam sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS
ReplyDelete