Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

18 July 2013

Luahan Isteri Pertama, Dayana Lokman Apabila Ashraf Muslim Nikah Kali Kedua

Pada 7 Julai yang lalu, Ashraf Muslim telah bernikah untuk kali ke-2 dengan seorang gadis yang dikenali dengan Wan Sakinah di Bangkok, Thailand. Sebelum ini beliau adalah seorang bekas krew television.

Ashraf dan Wan Sakinah berhubung sejak sekian lama iaitu selepas sembilan bulan pelakon itu mendirikan rumahtangga dengan Dayana pada 30 Ogos 2011.

Pengakuan bernikah kali kedua itu dibuat Ashraf di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur petang semalam di saat dia sepatutnya hadir membuat permohonan untuk berpoligami. Oleh itu pihak mahkamah kemudiannya membenarkan dia menarik balik permohonan untuk berpoligami.

Tindakan dan pengakuan Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, itu benar-benar mengejutkan semua pihak terutamanya bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid.

Sejak berita perkahwinan Ashraf dan Sakinah tersebar, isteri pertama Ashraf, Dayana belum tampil membuat sebarang kenyataan dan komen. Cuma ada beberapa bait tulisan Dayana di Facebooknya meluahkan perasaan sebenar atas apa yang telah berlaku.

Jelas dari tulisannya Dayana kecewa dengan tindakan suaminya bernikah di Thailand tanpa memberitahunya hal yang sebenar.

Ashraf telah berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada 9 April lalu.

Gambar isteri ke-2 Ashraf Muslim, Wan Sakinah


Luahan Dayana Lokman

Tak usah bicara tentang payung emas Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat Kerana Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah.. Kerana satu dunia tahu Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

1 comment:

  1. Sememangnya sakit d duakan. Kepada Dayana, Sememangnya aku bukan wanita yang kuat apabila berada d tempat kau tapi aku hanya boleh mengatakan bersabar dengan ketentuan Allah... segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya. siapa kita menidakkan takdir yang Allah telah tuliskan. Bersabar kerana ada wanita lain yang mengalami lebih teruk berbanding apa yang kamu Rasa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top