Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

31 January 2013

Gambar Majlis Malam Berinai Liyana Jasmay Ala Bollywood

Bertemakan Bollywood, majlis malam berinai bakal pengantin iaitu Liyana Jasmay berlangsung dengan sungguh meriah. Turut hadir rakan-rakan artis seperti Nabila Huda, Lisa Surihani dan Umie Aida.


Lagi gambar Liyana Jasmat dan rakan artis di majlis malam berinai liyana Jasmay selepas ini.

Baca: Gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin 

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Ning Baizura Selamat Melahirkan Cahaya Mata

Tahniah kepada penyanyi yang bersuara suprono, Ning Baizura kerana telah selamat melahirkan cahaya mata sulong pada jam 3 pagi 31 Januari 2013.

Lebih menarik lagi, pada hari ini juga adalah hari ulang tahun pertama perkahwinan Ning Baizura dan suaminya Omar Sharif.

Pasangan romantis ini telah disatukan menerusi ikatan pernikahan pada 31 Januari 2008 yang lalu di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Sepanjang tempoh 4 tahun itu, Ning pernah digosipkan tidak menetap bersama suaminya lagi kerana tidak sehaluan.

 Beliau yang menafikan dakwaan tersebut sentiasa meminta para peminatnya mendoakan agar dikuriakan cahaya mata.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

30 January 2013

Jimmy Shanley Dapat Jumpa Anak 2 Jam Sahaja


Masa yang diberikan untuk berjumpa dengan anak sendiri selama dua jam adalah sangat tidak masuk akal”

Itulah yang diberitahu oleh Jimmy Shanley tatkala ditanya mengenai kisah kehidupan selepas perceraiannya sebelum ini.

Jimmy Shanley turut menambah masa yang diberikan di antara jam 3.30 petang hingga 5.45 petang adalah disebabkan kehadiran mak mentuanya, Datin Muniroh Kassim.

Menurut Jimmy Shanley yang kini bekerja sebagai pengarah dan perunding syarikat kali terakhir dia berjumpa anaknya, Zahra Rania yang kini berusia setahun lapan bulan adalah pada 23 Januari lalu di rumahnya, Putra Height, Subang Jaya.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Kontroversi Drama Sahara Hina Wanita Islam Malaysia

Kontroversi Drama Sahara Hina Wanita Islam berpurdah di Malaysia. Drama keluaran astro prima itu telah dikritik dengan begitu hebat sekali kerana terdapat adegan babak yang tidak menyenangkan.

Sahara yang berkonsepkan sebuah tayangan drama islamik itu dikatakan tidak menepati ciri-ciri islam yang sebenar. Ini kerana terdapat adegan wanita berpurdah yang melakon watak tersebut berpegangan tangan dan mampu merosakkan imej wanita berpurdah di negara ini. Kontroversi Drama Sahara Hina Wanita Islam Malaysia


Penjelasan dari Ustaz Zaharuddin

Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gamabarn salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Gambar Ayu Raudhah Sarat Mengandung Bersama Zaquan Adha

Rasanya sudah lama kita tak dengar berita pelakon cantik Ayu Raudhah ni bukan? Kali terakhir kita dengar cerita mengenai Ayu apabila berkakunya perbalahan dengan birasnya iaitu Rita Rudaini.

Menurut info yang kami terima, Ayu Raudhah kini sudah hamil 7 bulan dan kini sedang berhati-hati untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan kandungan. Lebih-lebih lagi ini adalah kali pertama Ayu mengandung.


Baru-baru ini, Ayu Raudhah telah memuat naik gambar beliau dan suaminya Zaquan Adha. Sweet pula kami tengok gambar pasangan Ayu Raudhah dan suaminya yang juga pemain bola sepak pasukan Darul Takzim FC ni.

Apa-apa pun kami doakan semoga Ayu Raudhah selamat melahirkan anak pertamanya dan tahniah kepada pasangan ini kerana akhirnya bakal menimang cahaya mata mereka yang pertama tidak lama lagi.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Rafidah Ibrahim Di Muka Hadapan Majalah Lisa


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

29 January 2013

Gambar Azza Elite Sudah Bertudung

Sekarang ni ramai artis kita sudah bertudung. Yang terbaru, pelakon dan penyanyi iaitu Azza Elite juga sudah bertudung dan menutup aurat.

Azza Elite atau nama sebenarnya adalah Nor Azzarima Zawari, 35 dikatakan telah berhijab sejak 6 Januari lalu.

Menurut Azza lagi, penghijrahannya menutup aurat ini juga dibantu oleh pelakon dan penerbit terkenal Shiela Rusly..
Jom kita lihat lagi beberapa gambar Azza Elite mengenakan hijab selepas ini. Layannn.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Nazmi Faiz Mohon Maaf, Aidil Zafuan Tidak Bersalah, Rita Rudaini Tidak Terkejut

Selain meriah dengan cuti am sempena perayaan Thaipusam tahun ni, dunia hiburan juga agak meriah dengan berita berkenaan pemain bola sepak Aidil Zafuan dan bekas kekasih Nazmi Faiz iaitu Tengku Fiella.

Terbaru Nazmi Faiz telah menyatakan di akaun twitternya memohon maaf terhadap Aidil Zafuan dan mengatakan bahawa Aidil tiada ada kaitan dengan hubungan dengan bekas kekasihnya Tengku Fiella.

Sama ada akaun twitter Nazmi Faiz telah dicerobohi oleh orang lain atau memang Nazmi sendiri yang membuat kenyataan berkenaan hubungan sulit yang dinyatakan oleh beliau tidak dapat kami pastikan.

Baca: Bekas Kekasih Nazmi, Tengku Fiella Dan Aidil Ada Hubungan Sulit

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

28 January 2013

Aidil Zafuan Tidak Mengenali Bekas Kekasih Nazmi, Tengku Fiella

Berikutan dengan cerita panas berkenaan gosip hibungan sulit antara bekas kekasih Nazmi Faiz, Tengku Fiella dan Aidil Zafuan. Aidil yang ditemubual oleh Media Hiburan Online menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali Tengku Fiella seperti mana yang dinyatakan oleh Nazmi di akaun Twitter nya sebelum ini.


Aidil membuat penafian itu melalui kiriman SMS yang dihantar kepada Editor Media Hiburan. Aidil menambah yang dia tidak kenal Nazmi secara rapat dan tidak tahu mengapa namanya dikaitkan dalam situasi ini.
Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini. 
Aidil turut memberitahu dia akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapatkan penjelasan. Begitu pula cerita pihak Aidil. Sekarang kita tunggu penjelasan Nazmi pula jika ada. Manalah tahu kalau-kalau dia ada bukti untuk mengukuhkan dakwaannya.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Tengku Fiella Menafikan Dakwaan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Aidil Zafuan

Berikutan tweets Nazmi Faiz di Twitter yang mendakwa gadis itu yang kini bekas kekasihnya menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan, Tengku Fiella melalui Twitter yang dibataskan pada peribadi mendakwa Nazmi Faiz seorang psiko dan semuanya berlaku kerana Tengku Fiella tidak melayan panggilan-panggilan telefon yang dibuat oleh Nazmi.


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Bekas Kekasih Nazmi, Tengku Fiella Dan Aidil Ada Hubungan Sulit

Jika sebelum ini Nazmi Faiz yang juga pemain bola sepak Beira-Mar dan Kebangsaan menuduh kekasihnya, Tengku Fiella seorang penipu dan kaki kikis duit melalui akaun twitter, Namun selepas itu dia mendakwa yang akaun twitternya diceroboh. Terbaru, awal pagi tadi Nazmi Faiz sekali lagi mengeluarkan kenyataan mengenai teman wanitanya itu tetapi kali ini beliau turut mengaitkan sekali Aidil Zafuan di dalam ini drama.Bekas Kekasih Nazmi, Tengku Fiella Dan Aidil Ada Hubungan Sulit - Nazmi Faiz

Selain menegaskan yang Nazmi Faiz dan kekasihnya, Tengku Fiella tidak lagi bersama.. Nazmi juga mendakwa yang Aidil Zafuan dan Tengku Fiella telah tinggal bersama di Johor Bahru dalam beberapa minggu, malah Aidil Zafuan juga dikatakan turut memberi wang RM1,000 untuk berbelanja di sana.

Walau bagaimanapun kesemua tweet Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Tertanya-tanya juga MyGosip Adakah akaun twitternya diceroboh sekali lagi atau apakah yang sebenarnya berlaku diantara mereka bertiga? Sama-sama la kita tunggu kenyataan rasmi mereka.


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

26 January 2013

Kenyataan Balas Pengasas CandidSyndrome, Saiful Nang Berkenaan Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay

Berikutan dengan isu ibu liyana kesal penyebaran gambar pra perkahwinan anaknya, Liyana Jasmay dan tunangnya, pengasas CandidSyndrome iaitu Saiful Nang yang bertanggungjawab mengambil gambar pra perkahwinan mereka telah membuat kenyataan balas di facebook beliau.


Agak panjang juga Saiful Nang menjelaskan satu persatu cerita berkenaan isu tersebut di facebook dan ianya sedikit menarik. berikut adalah kenyataan balas Saiful Nang.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Ibu Liyana Kesal Dengan Penyebaran Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin

Ibu Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon melahirkan rasa kesalnya terhadap penyebaran gambar -gambar pra-perkahwinan anaknya memandangkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tidak lama lagi.

Mungkin tidak tahan dengan komen-komen yang dilemparkan oleh pembaca blog hiburan, ibunya telah membuat kenyataan di akhbar bahawa gambar pra-perkahwinan Liyana Jasmay dan tunangnya, Fathuddin Mazlan sepatutnya untuk simpanan peribadi dan bukannya untuk disebarkan.

Liyana Jasmay telah melantik jurufoto yang terkenal dan terhebat di Malaysia iaitu Saiful Nang iaitu pengasas syarikat jurufoto profesional Candidsyndrome.

Berikut adalah kenyataan Datin Habsah Simpon di akhbar Sinar semalam (25 Jan 2012) :-

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

25 January 2013

Polis Sudah Berjaya Menahan Pencuri Duit Lisa Surihani

Pelakon Lisa Surihani, 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000.
Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.

"Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai," katanya.

Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.




Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Penjelasan Awie Isu Buka Kelab Malam

Berkenaan isu Awie membuka kelab malam di Ipoh, beliau ternyata marah dengan sesetengah pihak yang memandang serong terhadap beliau.

Orang ramai berpendapat bahawa Awie tidak sepatutnya membuka kelab malam dan memperoleh duit dengan menjual minuman keras dan sebagainya.

Berikut adalah penjelas Awie berkenaan isu tersebut.


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

24 January 2013

Gambar - Dayan Nurfaizah Cover Untuk Majalah EH

Melihat kepada tajuk di majalah EH keluaran Feb 2013 ini membuatkan kami ingin membelinya. Adakah benar Dayang Nurfaizah tidak pernah bercinta sebelum ini?

Pada tahun lepas (2012) nama Dayang jarang kita dengar mungkin kerana tiada lagu baru tetapi tahun ini mungkin dayang akan muncul dengan lagu baru.




Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Gambar Aksi Manja Nelydia Senrose, Heroin Setia Hunggu Nyawa

Pelakon yang sedang meningkat naik ini, nama Nelydia Senrose sedang hangat diperkatakan oleh peminat hiburan tempatan selepas lakonannya dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Nelydia yang dilahirkan pada 30 Julai 1994 merupakan gadis kacukan Kelantan dan Siam. Memegang watak utama dalam drama Setia Hujung Nyawa adalah cabara paling besar pelakon remaja ini.

Beliau yang mempunyai rupa paras yang menawan dan comel mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Nelydia Senrose juga boleh dibanggakan. Senang cerita, Nelydia ada pakej yang tersendiri. Bukan sekadar terjun ke bidang lakonan kerana mempunyai wajah yang boleh dijual

Semoga bintang muda ini terus lebih bersinar di dalam dunia hiburan dan jangan lepas ni popular dengan kontroversi pula. Lihat lagi gambar Nelydia Senrose yang juga heroin dalam drama Setia Hujung Nyawa selepas ini.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

22 January 2013

Mak Tom Jatuh Bilik Air, Azwan Ali Kata 'Bala'

Kadang-kadang kami sendiri tak paham perangai Azwan Ali ni. Beliau memang lantang bersuara sama ada di luar atau pun di Twitter.

Sebelum ini portal hiburan Murai melaporkan Mak Tom dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda. Azwan Ali mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut di laman Twitter.



Katanya lagi, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda sendiri.
“Slm. What Goes Around ? HANJJJ around ! MUHASABAH la diri before BALA terus ke MUKA” 
Inilah yang peliknya apabila Azwan Ali mengeluarkan kenyataan begitu kerana permusuhannya yang belum reda dengan Ummi Hafilda. Baca Aku Janji Azmin Ali tak menjadi!!

Azwan tweet lagi, dalam keluganya dia hanya ada Azmin Ali dan Azman Ali sahaja sebagai adik-beradiknya, tiada orang lain lagi dalam dunia ini. Tulis Azwan yang juga penuh dengan kontroversi.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Gambar Anzalna Mesra Bersama Kekasih Hati, Hanif Zaki

Gambar mesra pelakon Adam & Hawa, Nur Anzalna Nasir, 25, bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Hanif Zaki. Malah sebelum ini, Anzalna secara terus-terang tidak kisah dengan persepsi negatif masyarakat berhubung isu membawa teman lelakinya itu menghadiri pelbagai acara hiburan.
“Keluarga tahu Hanif selalu menemankan saya atas urusan kerja. Jika ibu atau adik-beradik tidak sempat menemankan saya, maka Hanif akan diberikan amanah itu," dakwa Anzalna yang pernah juga digosipkan dengan jejaka Mat Salleh ketika beliau memenangi Dewi Remaja 2010.
Jom kita lihat lagi gambar aksi manja Anzalna bersama kekasih hatinya, Hanif Zaki. Klik untuk imej besar. Gambar Anzalna Mesra Bersama Kekasih Hati, Hanif Zaki 


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Hubungan Rozita Memang Serius Dengan Zain Saidin

Berkenaan dengna kenyataan Zain Saidin bahawa beliau dan Rozita bakal berkahwin pada tahun ini, kali ini Rozita pula membalas kenyataan tersebut. Beliau menyatakan beliau memang serius dalam hal tersebut.

Pada hari ini, di Utusan Rozita telah menafikan bahawa beliau telah dirisik oleh kekasih hatinya Zain Saidin.

Namun begitu, Che Ta tidak menafikan bahawa beliau kini memang serius bercinta dengan Zain.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

21 January 2013

Gambar Romantik Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan

Sweetnye diorang nih. Liyana Jasmay dan tunangnya, Fathuddin tidak lama lagi bakal menjadi suami dan isteri. Rasanya lagi sebulan sahaja lagi.

Majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.

Jom kita lihat gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan tunangnya Fathuddin Mazlan selepas ini.

Menurut kenyataan Liyana sebelum ini, beliau akan mengikut tunangnya ke Sabah selepas bergelar suami isteri kerana bakal suaminya sedang bekerja di sana. Apa-apa pun semoga majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi ni berjalan dengan lancar dan semoga mereka berbahagia sampai bila-bila.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

20 January 2013

Sheikh Muszaphar Dan Dr. Halina Gembira Dengan Kehadiran Cahaya Mata Perempuan

Tahniah diucapkan kepada keluarga Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina selepas dikurniakan dengan seorang lagi puteri dalam keluarga semalam kira-kira 7.30pm. Kini anak pertama mereka Bella sudah bergelar kakak dan melihat gambar di bawah mereka sekeluarga sangat gembira.


Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama ini telah selamat dilahirkan di HUKM. Agak menarik membaca status yang telah diupdate oleh Sheikh Muszaphar di Facebook Sheikh Muszaphar Fan Club yang berbunyi:-

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

19 January 2013

Gambar Zain Saidin & Rozita Che Wan Berpelukan Mesra, Bakal Kahwin Tahun Ini

“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” ujar Zain Saidin menjawab gosip percintaannya dengan pelakon popular Rozita Che Wan.

Untuk pengatahuan, beza umur antara Zain dan Rozita Che Wan adalah 10 tahun tetapi itu tidak menghalang buat Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada tahun ini untuk mengahwini Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ini.

Selepas spekulasi demi spekulasi, akhirnya segala persoalan telah terjawab dan Zain Saidin secara terbuka mengaku bahawa dia kini sedang merancang untuk menjadikan Che Ta sebagai isteri.

Menurut pelakon kacak ini lagi, Rozita juga telah memberi kata putus dan mengaku mereka berdua serius dalam hal perkahwinan ini.

“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini.”

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Adi Putra Mengaku Mencium Dahi Rita Rudaini Dalam Sehangat Asmara

Mungkin ada yang tidak tahu sebuah lagi drama adaptasi novel akan menggantikan drama Adam dan Hawa yang sudah sampai ke episod akhir seminggu lepas. Drama yang dimaksudkan ialah Sehangat Asmara, diadaptasi dari novel dari judul yang sama tulisan Aisya Sofea.


Drama ini ialah gandingan pertama Adi Putra dan Rita Rudaini akan mula ditayangkan 21 Januari ini pukul 10.00 malam di Astro Mustika HD.

Pelakon lelaki yang semakin mendapat tempat dihati penonton, Adi Putra mengakui selesa akan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama dalam melakukan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Anak Ifa Raziah Cedera Teruk, Bergaduh Akibat Patung Gusti

Anak kepada penyanyi Ifa Raziah cedera di dahi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan rakan sekolahnya dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah antarabangsa di Gombak, dekat sini, Jumaat.
Anak Ifa Raziah Cedera Teruk, Bergaduh Akibat Patung Gusti
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, anaknya Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, dikatakan ditolak oleh seorang pelajar darjah lima akibat perasaan cemburu dengan koleksi patung gusti yang dimiliki Muhammad Shakir Aqili.


"Pada tengah hari Jumaat, selepas tamat waktu sekolah, anak saya berborak dengan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang turut belajar di sekolah yang sama. Mereka berborak mengenai patung gusti. "Tiba-tiba datang seorang budak darjah lima menyertai perbualan itu dan anak saya terus menyambung perbualannya sambil menceritakan koleksi patung gusi yang dimilikinya.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Gambar - Kisah Hantu Ulik Mayang Di UiTM Lendu

Kecoh di laman sosial semalam tentang kisah hantu di UiTM Lendu, Melaka apabila seorang pelajarnya telah membuat satu post di blog berkenaan cerita hantu yang dialami sendiri oleh penulis blog tersebut. Jika anda ingin membacanya sila klik sini.

Kini semua pelajar di UiTM Lendu berada dalam ketakutan dan trauma berhubung isu tersebut. Sebenarnya sudah banyak kes pelajar ternampak hantu dan pelajar kena rasuk di sana.
Gambar Hantu Di Uitm Lendu
Semalam di Twitter, UiTM Lendu telah menjadi trending Malaysia apabila ramai pengguna twitter menceritakan pengalaman masing-masing berkenaan isu tersebut.

Manakala gambar di atas pula adalah seorang pelajar UiTM Lendu telah menangkap gambar di Jambatan Tasik Tun Fatimah yang menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka sedang dilanda masalah histeria ketika ini. Sumber: Gambar Kisah Rasuk Hantu Di UITM Lendu

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Jozan Juara Maharaha Lawak Mega 2012

Tahniah kepada Zizan dan Johan kerana merangkul kejuaraan Mahajara Lawak Mega musim 2012 sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000. Jozan yang kembali bergandingan dengan kembalinya Johan ke gelanggang MLM2012, menambahkan kekuatan mereka untuk memikat hati para pengundi.

 Untuk pusingan final ini, kelima-lima peserta perlu membuat dua persembahan iaitu persembahan bebas dan muzikal.


Sementara itu kumpulan Jambu pencabar Jozan berjaya muncul sebagai Naib juara. Kumpulan Shiro diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Boboi Pula berjaya memenangi tempat keempat dan tempat terakhir menjadi milik Saywho.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

18 January 2013

Yuna Bakal Membuat Konsert Di Istana Budaya

Tak lama lagi, kita bakal menyaksikan Yuna bakal beraksi di Istana Budaya. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaaran.


Insya-ALLAH untuk tahun ini, kita sedang berusaha mendapatkan Yuna untuk mengadakan konsert selepas Hari Raya (Aidilfitri), (masih) dalam peringkat perbincangan.

“Ini usaha kami mendekatkan khalayak baru ke pentas Istana Budaya supaya kita lebih dekat dengan masyarakat terutama sekali generasi Y (muda)”
Biarpun konsert Yuna ini masih lagi dalam peringkat perbincangan, kami pasti ramai yang sudah teruja untuk pergi ke konsert ini.

Sebelum ini, Istana Budaya pernah mengadakan konsert artis ternama tanahair seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Datuk M.Nasir, Ella dan Awie.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

17 January 2013

Kekasih Nazmi Faiz, Tengku Fiella Kaki Mengikis, Pisau Cukur?

Hari ini kecoh apabila Nazmi Faiz telah menulis status menuduh kekasihnya Tengku Fiella penipu dan kaki mengikis. Kami tidak tahu status hubungan mereka berdua sekarang ni dan untuk pengatuan semua, Nazmi mempunyai 30 ribu pengikut di twitter.

Tengku Fiella dan Nazmi Faiz telah disahkan bercinta apabila mereka berdua saling berbalas mesej romantik di laman Facebook. Namun hari ini, akaun Twitter Nazmi telah menarik perhatian ramai peminat sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan.


Apa yang lebih memeranjatkan ialah sebuah lagi mensi yang dihantar kepada seorang selebriti, Johan A’sari, apabila dia seakan-akan diberi amaran. Apakah kaitan diantara Johan pada Nazmi dan juga Tengku Fiella?

Walau bagaimana pun, pemain bola sepak yang bermain untuk S.C Beira Mar (Liga Primeira, Portugal) ini telah menarik balik kenyataannya serta memadam status yang ditulis. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan bahawa ada pihak yang telah menggodam akaun Twitter dan cuba mensabotajnya.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

16 January 2013

Patrick Teoh Kutuk Agama Islam, Dato' AC Mizal Mengamuk

Sebelum ini kecoh dengan video pelajar dan pensyarah di UUM, terikini timbul lagi satu isu yang serius melibatkan seorang selebriti berketurunan Cina iaitu Patrick Teoh. Beliau yang juga selebriti dan juga aktor dari Malaysia telah mengeluarkan kenyataan sensitif di akaun facebook beliau sendiri sehingga menimbulkan kemarahan para peminat dan artis-artis lain.

Melalui akaun twitter AC Mizal telah mengeluarkan kenyataan terbuka mengecam dan memarahi Patrick Teoh yang telah menimbulkan kontroversi melalui kenyataannya dan secara tak langsung menyentuh sensitiviti penganut agama Islam di negara ini.

Untuk pengatahuan semua, Patrick Teoh pernah bekerja bersama Dato' AC Mizal dalam filem 'Baik punya Cilok' dan juga bersama Awie dalam filem 'Sumo'.

Selain AC Mizal, antara artis-artis lain yang turut mengecam kenyataan Patrick Teoh termasuklah Tomok dan juga Danny X-Factor.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Suami lafaz Cerai Kerana Isteri Meminati Aaron Aziz


Suami lafaz Cerai Kerana Isteri Meminati Aaron Aziz :  Bila duduk di bangku Mahkamah Syariah dan mendengar perbicaraan, macam-macam kes pelik yang kita boleh dengar. Bukanlah nak kata orang bercerai tu pelik, tapi alasan sampai terlafaz cerai tu yang pelik dan kelakar pun ada.

Ini kisah sedih tapi tapi menjadi sedikit lucu pulak rasanya. Ada seorang pak cik yang ke mahkamah sebab cemburu bila isterinya meminati Aaron Aziz. Pak Cik ni dah 50an dah umur dia. Tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana, mungkin memang jodoh sampai situ saja.

Begini kata si suami bila hakim tanya sebab apa dia lafaz cerai: “Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam Dan Hawa. Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya itu.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Video Listen! Listen! Listen! Sharifa Zohra Jabeen VS Bawani KS Di Forum UUM


Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M telah menjadi MC di Forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan Politik? '(Adakah graduan dan politik sejajar?) Telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada 8 Dis.
Sharifa Zohra Jabeen VS Bawani KS Di Forum UUM
Segalanya tercetus apabila seorang pelajar, Bawani KS, yang berdiri untuk membincangkan dan menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.

Sedang Cik Bawani KS masih lagi memberikan pendapat dan hujah Sharifah Zohra Jabeen telah merampas microfon dengan cara untuk mengelakkan Cik Bawani dari meneruskan Hujahnya. baca selanjutnya di pengerindu.com

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

15 January 2013

Gambar Mesra Beego Dan Tunang, Linda Hashim

Pasangan selebirit yang kurang selalu kita lihat di media cetak atau elekrtronik ini dalam diam sudah 2 bulan bertunang. Beego dan tunangnya Linda Hashim terbaru memuat naik gambar mereka bersama di Instagram dan kelihatan mereka sangat bahagia.


Mereka akan bernikah pada bulan Mac ini dan dan Linda Hashim bakal menerima rm25,000 pada majlis pernikahan beliau pada bulan Mac yang akan datang. Apa-apa pun kami ucapkan semoga Beego dan Linda akan kekal sampai bila-bila. Jom kita lihat lagi gambar mesra Beego dan Linda Hashim selepas ini. Jom!

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Gambar Mesra Tauke Raja Lawak Dan Aisya Bintang RTM

Gambar mesra Tauke Raja Lawak dengan juara bintang RTM iaitu Aisya menunjukkan kemesraan antara mereka. Menurut Aisya, Tauke selalu dijadikan tempat rujukan beliau dalam ilmu lakonan.

Bertanya apakah status hubungan beliau dengan Tauke, Aisya mengaku bahawa dirinya dan Tauke hanya sekadar kawan rapat.
“Saya akui yang kami memang berkawan dan tidak lebih daripada itu. Saya mula bertemu Tauke atas dasar kerja dan perwatakanya yang menghiburkan membuatkan saya selesa berkawan dengan dirinya”.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

14 January 2013

Liyana Jasmay Akan Tinggal Di Sabah Selepas Berkahwin


Pada 2 Februari ini pasangan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan akan bernikah di Hotel Seri Pacific, KL manakala majlis resepsi mereka pula akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bercakap kepada pemberita, Liyana Jasmay memberitahu yang beliau akan berpindah ke Sabah selepas berkahwin nanti kerana mengikut suami yang menjalankan perniagaan beliau di sana.

“Walaupun selama ini saya memang tinggal dengan keluarga tetapi saya tidak sedih untuk tinggalkan keluarga selepas berkahwin nanti.”

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Akaun Bank Lisa Surihani Diceroboh, Kehilangan RM50,000


Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Aliff Aziz Bengang Sehingga Nak Tumbuk Pengacara Wanita?

Aliff Aziz nama yang agak kontroversi juga sekarang ini dikatakan hendak menumbuk seorang pengacara wanita selepas beliau tidak berpuas hati dengan cara seorang pengacara mengacara satu majlis.

Menurut Aliff Aziz, pengacara wanita itu mengutuk dan popular dengan satu lagu dan menurut beliau lagi bermacam-macam ayat yang kurang senang disebut menyebabkan Aliff Aziz hilang sabar.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Gambar Fasha Sandha Bersama Tun Mahathir Di Satu Majlis Hari Jadi

Harap anda tidak muntah dengan berita dan gambar Fasha Sandha minggu ini. Sebelum ini kami ada post gambar Fasha Sandha memakai singlet.

Lagi satu gambar yang menarik perhatian kami dapat di akaun Instagram Fasha Sandha adalah beliau bergambar dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.

Gambar ini kami rasa di suatu majlis hari jadi mak Mertua Fasha Sandha. Jom kita lihat lagi gambar Fasha Sandha selepas ini.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

13 January 2013

Gambar Dato' Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Di Hari Lahir

Selamat hari jadi kami ucapkan kepada Dato' Siti Nurhaliza yang ke-34 pada hari Jumaat yang lepas (11 Januari 2013). Melihat kepada gambar Siti Nurhaliza yang kami terima ini, beliau mengenakan tudung penuh dimana sebelum ini Dato' cuma memakai tudung separuh tutup.

Khabarnya Dato' Siti Nurhaliza sudah mula memakai tudung sepenuhnya dan kami harap ia kekal sampai bila-bila. Tahniah kepada Dato' dan kekak comel dan manis selepas ini.

Lihat lagi gambar Dato'Siti Nurhaliza bertudung penuh selepas ini.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Gambar Mesra Emma Maembong Bersama Shah Iskandar Untuk Cover Majalah Yezz

Sunggug mesra bila kami lihat gambar Emma Maembong dan Shah Iskandar di bawah ni macam sepasang kekasih pula. Gambar Emma dan Shah ini di ambil di Pantai Asian Water Sports Village untuk cover majalah Yezz yang akan datang.

Emma dan Shah Iskandar kelihat sangat ceria dan mesra sekali ketika sesi pengambaran dijalankan. Kami pun lihat sangat sepadan bila pasangan ini disatukan. Huh.

Lihat lagi gambar Emma Maembong dan Shah Iskandar ketika sesi photoshoot untuk cover majalah Yezz yang akan datang. Layan.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

11 January 2013

Gambar Terbaru Fasha Sandha Makin Berisi

Melihat dari gambar Fasha Sandha yang baru kami terima, beliau kelihatan begitu gembira apabila bakal menimang cahaya mata pertama mungkin pada bulan tiga atau empat. Susuk tubuh Fasha pula makin berisi dan beliau berkata sangat gembira dengan badan beliau sekarang.

Lihat lagi gambar Fasha Sanda sarat mengandung selepas ini.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Zed Zaidi Bakal Menerima Pangkat Dari Kementerian Dalam Negeri


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi bakal menerima penghargaan daripada Kementerian Dalam Negeri berbentuk pangkat dalam Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Zed Zaidi Bakal Menerima Pangkat Dari Kementerian Dalam Negeri
Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,33, berkata, majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu akan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Ahad ini.

“Saya sudah pun dimaklumkan mengenai pelantikan itu tetapi saya tidak pasti pangkat apakah yang akan diberikan kepada saya,” katanya kepada rakan wartawan ketika dihubungi di sini pada Khamis lalu. Tambah Zed, majlis tersebut akan diadakan di Pejabat Rela Wilayah Persekutuan, di Jalan Hartamas 1 dekat sini.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Gambar Neelofa Model Untuk Suzuki Swift Model Terbaru

Suzuki telah melancarkan model Swift generasi ketiganya baru-baru ini dan kelihatan Neelofa menjadi model untuk pelancaran kereta tersebut. Walaupon Neelofa tidak selalu berlakon, rezeki beliau kini murah dengan menjadi model.

Lihat lagi gambar Neelofa dan Suzuki Swift terbaru selepas ini.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Eira Syazira Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Azad Kini Bergerlar Bapa

Menurusi akaun twitter Eira Syazira, suami beliau Azad Jasmin mengesahkan bahawa mereka suda bergeler ibu dan bapa kepada bayi pertama beliau yang baru sahaja dilahirkan pagi tadi (11 Januari 2013).

Tahniah kami ucapkan kepada mereka. Gambar bayi perempuan Eira Syazira dan Azad akan kami dapatkan selepas ini.


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Berita Diana Danielle Ditahan Di Sydney Tidak Benar

esas-desus sekarang ini dikatakan Diana Danielle Danny Beeson, ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Berita Diana Danielle Ditahan Di Sydney Tidak Benar
“Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana meneruskan pengajiannya,” kata pelakon terkenal, Farid Kamil mengenai perkara itu.

Farid berkata, dia hanya kembali seorang diri ke sini kerana komitmen terhadap kerja lakonan. Sebelum itu, mereka meluangkan masa berbulan madu selama dua minggu di sana sebelum Farid kembali ke tanah air sejak seminggu lalu.

“Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Diana yang mengandung dua bulan perlu terus tinggal di sana kerana menantikan keputusan temu duga dan akan pulang ke sini selepas segala urusan pendaftaran pelajar selesai.


Farid yang ketika ini sibuk di lokasi penggambaran filem Bencinta terbitan Metrowealth Pictures di Pulau Langkawi menyatakan, keadaan isterinya di Sydney selamat dan tinggal buat sementara waktu bersama pelajar Malaysia di sana. ketika dihubungi, semalam.

“Saya mempunyai penggambaran untuk dua filem baru ketika ini termasuk satu filem aksi arahan saya sendiri. Berkemungkinan saya akan bertemu dengannya semula pada penghujung bulan ini,” katanya.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

10 January 2013

Zizan Tercalon Dalam 8 Kategori Di ABPBH

Zizan Razak telah mencipta sejarahnya sendiri apabila menerima pencalonan dalam lapan kategori yang bakal dipertandingkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).



“Tak sangka pula nama saya dicalonkan untuk lapan kategori. Rasanya ini adalah pencalonan terbanyak sepanjang enam tahun karier saya.

“Bagi saya ini semua kerana mereka (peminat) yang menyokong saya sejak dahulu lagi.

“Alhamdulillah, doa saya untuk menghiburkan khalayak sehingga menjadi kesayangan peminat juga termakbul,” – Zizan Razak

Ini berikutan dari pengumuman terkini lima finalis akhir ABPBH2012 yang telah diadakan petang Rabu semalam di Holiday Villa.

Sebanyak 22 kategori akan dipertandingkan di ABPBH2012, dan berikut adalah senarai penuh lima finalis untuk ABPBH 2012:

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

09 January 2013

Liyana Jasmay Bakal Bernikah 2 Februari 2013, Sibuk Edar Kad Perkahwinan

Nampaknya Liyana Jasmay akan membuka tirai pasangan selerbiti yang akan berkahwin pada tahun 2013. Beliau akan bernikah pada 2 Februari ini sekarang tengah sibuk mengedarkan kad jemputan kepada yang terpilih.

Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan bakal diijabkabulkan pada pagi 2 Februari dan majlis persandingan akan dilangsungkan pada malamnya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sementara itu majlis di pihak lelaki pula akan berjalan pada 9 Februari Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Tidak sampai sebulan lagi Liyana Jasmay akan bergelar isteri orang. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Pasti hati Liyana Jasmay sedang berdebar-debar sekarang ini. Sama-samalah kita doakan agar majlis mereka akan berlangsung dengan sempurna.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Ozlyn Selamat Melahirkan Bayi Ketiga

Pasangan yang selalu tidak menghebahkan cerita peribadi mereka Johan dan Ozlyn ini simaklumkan bahawa mereka sudah mendapat cahaya mata yang ketiga.

Isteri Johan, Ozlyn telah selamat melahirkan bayi ketiga beliau pada 7 Januari 2012 yang lalu & ini merupakan anak ketiga dalam keluarga Johan Raja Lawak & Ozlyn — dua anak lelaki sebelum ini sudah berusia tujuh & dua tahun.


Tahniah kami ucapkan kepada Johan dan Ozlyn. Untuk pengatahuan semua, Johan baru sahaja dimasukkan hospital untuk pembedahan lutut.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

08 January 2013

Gambar Baju Dalam Wan Sharmila Terserlah Di AJL-27

Pada Anugerah Juara Lagu yang ke 27 yang berlangsung semalam, turut serta pelakon yang popular dengan drama Spy M, Wan Sharmila turut dijemput bagi menghangatkan lagi karpet ungu, AJL yang ke 27.

Wan Sharmila dilihat tampil dengan fesyen dress hitam paras bawah lutut yang cukup elegan dengan corak abjad abstrak.

Seperti yang sedia maklum, baju hitam amat sensitif dengan refleksi simbahan ‘flash’ kamera. Kesannya, baju dalam Wan Sharmila turut kelihatan ketika menggayakan pakaiannya di karpet unggu pada malam Ahad lalu.


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

06 January 2013

Gambar Terbaru Elyana Bersama Suami Dan Anak

Semenjak Elyana melahirkan anak pertama beliau, Cinta Sumayyah beliau kelihatan sedikit berisi. Namun Elyana tetap cantik di mata kami. Pada hari Jumaat yang lepas, Elyana bersama suami dan anaknya telah menghadiri satu sesi photoshoot untuk majalah Keluarga.

Melihat dari gambar yang kami dapat, Elyana dan suami kelihatan sangat bahagia disamping anak beliau yang pertama. Lihat lagi gambar terbaru Elyana bersama suami dan anaknya selepas ini.


Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top