Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas


21 June 2015

Adakah anda mempunya gaya hidup sihat? Bagaimana untuk kekalkan cara hidup yang sihat?



Cara hidup sihat merupakan tunjang utama kepada kesejahteraan manusia. Manusia yang sihat pastinya dapat menyumbang kepada pembangunan negara, bangsa dan negara.


1.1 PENGENALAN


Cara hidup yang sihat didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diganggu oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan seseorang (WHO, 1948).


1.2 KEPENTINGAN AMALKAN CARA HIDUP SIHAT


Dalam kehidupan dalam era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai oleh semua individu. Oleh itu, terdapat beberapa kepentingan jika kita mengamalkan cara hidup yang sihat. Diantaranya adalah:-


a) Memastikan tahap kesihatan yang baik;
b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan;
c) Mendisiplinkan masyarakat;
d) Menjadikan sebuah negara itu lebih maju;
e) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum; dan
f) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.


(Keshatansemua.blogspot.com, 2010)


1.3 STRATEGI UNTUK KEKAL CARA HIDUP SIHAT


Untuk mengekalkan cara hidup yang sihat, terdapat tiga kunci utama iaitu gaya hidup, pemakanan dan disiplin. Terdapat beberapa strategi untuk mengekalkan cara hidup yang sihat. Diantara strateginya adalah:


a) Solat 5 waktu bagi yang beragama islam;
b) Bersenam mengikut jadual;
c) Banyakkan minum air yang kurang bergula;
d) Pengurusan tekanan yang efektif;
e) Cara pemakanan yang sihat;
f) Menjaga jadual rehat atau tidur;
 g) Menjaga kebersihan; dan
h) Menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga dan masyarakat. (mentorhisham.com, 2015)


1.4 RUMUSAN


Cara hidup sihat adalah amat penting kepada semua lapisan masyarakat. Cara hidup yang sihat boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri kehidupan yang sihat. Bagi menjadikan cara hidup yang sihat ini satu budaya, sebuah masyarakat itu perlu mengekalkan cara hidup yang sihat ini secara konsisten dan bukan seperti “hangat-hangat tahi ayam” iaitu semangat melakukan cara hidup yang sihat pada permulaan sahaja.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top