Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas


13 March 2016

Perak Juara Sukan Dart MAKSAK 2016

Perlawanan akhir double keputusan semasa Selangor 2 Perak 2
Tahniah kepada pasukan perak kerana berjaya memenangi kejohanan Dart MAKSAK untuk tahun 2016. Menggunakan game system pasukan dart Perak berjaya menewaskan pasukan Selangor dengan 3-2. Kejohanan yang berlangsung pada 11-13 Mac 2016 di Hotel Grand Blue Wave, Selangor berjalan dengan lancar. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan akhir dart MAKSAK dan video semasa pasukan Perak meraikan kejuaraan.

12 March 2016

Gambar Sekitar Kejohanan Dart MAKSAK 2016


Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) telah bermula pada hari semalam iaitu 10 Mac sehingga 12 Mac 2016 di hotel Blue Wave Shah Alam. Pada tahun ini negeri Selangor telah dipilih sebagai penganjur sukan Dart dan Catur di hall Rebana Grand Bluewave Shah Alam. 

Ramai pemain yang hebat-hebat dapat kami lihat menerusi gambar yang dikongikan di laman sosial Facebook. Kami di Sukan Dart Malaysia mengucapkan selamat berjuang dan good luck kepada semya peserta. Berikut adalah gambar sekitar sukan MAKSAK yang dikongsikan oleh peserta di Facebook semenjak semalam.

Format pertandingan adalah berdasarkan format Persatuan Dart Malaysia. Kami akan updatekan keputusan dan gambar pemenang sejurus tamat sahaja perlawanan.

10 March 2016

Kejohanan UKAS Dart Amatur Double 2016, Putrajaya

Kejohanan UKAS Dart Amatur Double 2016, Putrajaya. Berlangsu pada 7hb Mei 2016 bertempat di Menara Usahawan, Presint 2 Putrajaya. Yuran pendaftaran hanya RM100. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi En. Hatta di 019-319 1179.

Ranking Pemain Dart Dunia Selepas Kejohanan UK Open

Prestasi Jelle yang membreasangkan di kejohanan UK Open (Kredit:  Lawrence Lustig/PDC)
Kedudukan Jelle Klaasan telah naik kepada top 10 dalam PDC order or merit selepas berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohahan UK Open baru-baru ini. Manakala Phil Taylor naik satu anak tangga di tangga ke-3 dan Adrian Lewis turun satu anak tangga iaitu no. 4. 

 Klaasen, yang mara ke peringkat Separuh Akhir Kejohanan Dunia bulan Januari, naik dua tempat untuk kesepuluh selepas memenangi hadiah tunai sebanyak £17,000 hadiah wang di Butlins Minehead.
Bekas juara Kejohanan Lakeside kini salah satu daripada tiga pemain dart Belanda berada di kedudukan top 10 dunia, dimana beliau menyertai lima kali Juara Dunia iaitu Raymond van Barneveld (kesembilan) pemain no 1 iaitu Michael van Gerwen.

Van Gerwen sekarang telah mengumpul wang kemenangan lebih daripada £1.1million dalam tempoh dua tahun kini dalam top form manakala Gary Anderson berada di kedudukan no. 2 dunia. 

Adrian Lewis telah tewas dalam memenangi sebarang wang tunai kemenangan beliau dari 2014 UK Open dan Taylor teruskan kemaraan ke separuh akhir, 'The Power' kini melonjak di atas saingan kembali ke tempat nombor tiga dunia.Berikut adalah Ranking PDC Order of Merit. 

07 March 2016

Gambar Sekitar Kejohanan Dart Double di Scatter Club, Subang

Berikut adalah gambar sekitar kejohanan Dart Double Semi Pro yang berlangsung di Kelab Dart Scatter, Subang. Kelihatan ramai darters yang mengambil bahagian untuk kejohanan ni termasuk darters perempuan. Ini menunjukkan bahawa sukan dart di Malaysia sangat aktif dan kami darters -darters mengharapkan sukan ini dapat diberikan perhatian daripada pihak Majlis Sukan Negara atau Kementerian Belia dan Sukan. 

Tahniah kepada kelab-kelab dart seperti Scatter Club, PDH Club, DJ dart dan beberapa kelab dart yang kelihatan aktif menganjurkan kejohanan-kejohanan dart sama ada untuk kategori amatur atau profesional. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri di arena Dart. 

Berikut adalah gambar-gambar di Scatter Club semasa kejohanan Dart Double Semi Pro pada minggu yang lepas. 

05 March 2016

Gambar & Keputusan Invitational Darts Single Survivor Pasar Gombak 2016

Champion
Kejohanan dart Invitational Single Survivor yang berlangsung di Pasar Gombar pada 4hb April 2016 telah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada Ayie yang telah muncul sebagai juara untuk kejohanan tersebut. Berikut adalah keputusan penuh dan gambar penyampaian hadiah kepada pemenang. 

Champion
- AYIE @ KLPPDC
Finalist- SHAM @ MERCURY
Semifinalist- POKKU @ KLPPDC
- KECHIK @ KLPPDC
Quarterfinalist- WAK @ KLPPDC
- ROSLAN @ KLPPDC
- RJ @ GASING
- MALIK @ KLPPDC

Jadual Perlawanan Dart World Series 2016

Sumber gambar: Laman web PDC
Pada tahun ini PDC akan memperkenalkan satu event baru iaitu Shanghai, Cina dalam kalendar kejohanan Dart Siri Dunia. Empat pemain utama dalam PDC Order of Merit: Michael van Gerwen, Gary Anderson, Adrian Lewis dan Phil Taylor, disertai oleh pemain jemputan seperti Peter Wright, James Wade, Raymond van Barneveld dan Dave Chisnall sebagai lapan wakil PDC dalam setiap acara .

Selain daripada itu, pasangan Australia Simon Whitlock dan Kyle Anderson telah dijemput untuk bersaing dalam kejohanan Sydney dan Perth, manakala acara di New Zealand, China, Jepun dan Australia pula terpadat beberapa pemain daripada peringkat kelayakan serantau untuk melengkapkan 16 pemain dart yang lain.

Untuk venue di Dubai pula, lapan pemain yang akan bertanding di Stadium Dubai Duty Free Tennis pada 26-27 Mei dan menampilkan kemunculan van Gerwen untuk memenangi gelarannya untuk kali keempat berturu-turut.

Venue Tokyo Darts Masters akan diadakan dari Julai 6-7 dan kedudukan lapan pemain terbaik Dunia Siri terakhir Darts kemudiannya akan bersaing dalam Siri Dunia Permainan Dart Akhir pada November 5-6 di Glasgow.

Berikut adalah kalendar PDC World Series of Darts 2016.

Kejohanan Dart Promaster Series Grand Final 2016


Pengumuman penting kepada semua darters! Grand Final kejohanan dart Promaster Single Series akan berlangsung pada bulan Ogos 2016. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi MR. Raju 019-2813418. 


Sumber: FB Puma Darts Omvel Mktg.

Lokasi Bermain Dart Kawasan Subang, Shah Alam - Scatter Club

Kepada darters area Klang, Shah Alam, USJ, Subang atau sekitar dengannya kini terdapat satu lokasi baru untuk anda melontar dart bersama otai-otai dart yang lain. Scatter Club yang baru sahaja beroperasi pada bulan Januari 2016 mempunyai 8 dartboards dan juga papan carrom. Berikut adalah lokasi Scatter Club:

No 5-1 Jln U3/4 (BK) 
Pusat Perniagaan Subang, Selangor 

Pada bulan Febuary yang lepas, club ini telah melangsungkan perlawanan single series dan terdapat beberapa kejohanan yang berlangsung di club ini. Menurut pemilik club, dikatakan setiap hari Jumaat malam, terdapat Blind Draw. Ini secara tidak langsung dapat memberikan dartes pengalaman bermain dengan pemain dart yang hebat seperti En. Nasir Bomba dan lain-lain pemain.

Berdasarkan pengalaman saya, club ini sangat selesa kerana mempunyai 8 dartboards yang berkualiti dan ia juga menyediakan minuman dan makanan ringan, ruang untuk solat dan tempat pemain dart 'berasap'. Kepada darters area Lembang Klang boleh mendaftar menjadi ahli club tersebut dengan harga RM30 sebulan dan jika pemain yang ingin Walk in hanya perlu membayar RM4 sahaja.

Untuk keterangan lanjut pemain-pemain dart boleh hubungi pemilik club iaitu Azly Idris 019 235 5535 Somet 011 2727 0254. Berikut adalah gambar-gambar Scatter Club yang saya peroleh daripada FB Scatter Club. 

04 March 2016

Keputusan & Kedudukan Betway Premier League Darts | PDC

Berikut adalah keputudan dan kedudukan Betway Premier League Darts | PDC




03 March 2016

(Gambar) Kejohanan Tapah Prison 1st Challenge Double Amateur Tournement 2016

Kejohanan yang telah berlangsung pada 27hb Feb 2016 di Dewan Penjara Tapah telah berakhir dengan jayanya. Tahniah kepada pemenang dan kepada yang tewas boleh cuba di kejohanan dart yang lain akan datang. Berikut adalah gambar semasa penyampaian wang tunai dan hadiah.

Kejohanan Dart Single Putrajaya Single Series 2016 - Series 2

Pendaftaran untuk kejohanan dart Single Putrajaya dibuka sekarang. Untuk pendaftaran boleh hubungi Niezam di 019-6216095. Venue kejohanan akan berlangsung di BSN, Perbendaharaan 2, Presit 2, Putrajaya.


Sumber: FB HQ Darters

Kejohanan Dart - Compressor Darters 2016 Classic Dart Challenge

Kejohanan Dart yang akan berlangsung pada 30hb April 2016 di venue Markaz Compressor, Kajang. 2016 Classic Dart Challenge adalah perlawanan bersiri. Ia diadakan setiap bulan dan yuran penyertaan sebanyak RM50 dikenakan setiap pemain untuk bertanding. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi no yang tertera di bawah.

02 March 2016

Michael van Gerwen Memecah Rekod Purata Dalam Perlawanan Liga Perdana Inggeris | Weeks 4

Pemain dart nombor 1 dunia telah memecahkan rekod purata dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris iaitu secara purata memperoleh purata balingan dart 123.4 untuk menewaskan Michael Smith 7-1 dalam perlawanan minggu ke 4 di Aberdeen.

Digelar 'Mighty Mike' telah mencipta rekod paling tertinggi sejarah dart yang disiarkan di television apabila sebelum ini rekod yang dipegang oleh Phil Taylor adalah 118.68.

Pada masa yang sama Phil Taylor telah menunjukkan aksi yang menakjubkan dengan purata balingan dart 115 untuk menewaskan Dave Chisnall 7-5. Sementara Gary Anderson mencipta kemenangan peratmanya untuk menewaskan Raymond van Barneveld.

Berikut adalah video balingan dart Mighty Mike ketika menewaskan Michael Smith di arena Aberdeen, Scotland.

Kejohanan Dart Aura Sports Academy 2016

Kejohanan dart untuk darters beginner akan berlangsung pada 6hb Mac 2016 di Aura Sports Academy di Kuala Lumpur. Maklumat berkenaan dengan kejohanan tersebut adalah seperti di bawah.


Peta untuk ke Aura Sport Academy
 

Kejohanan Dart Malaysia Untuk Bulan Mac 2016

Berikut adalah tournement dart yang akan berlangsung pada bulan mac tahun 2016 di malysia. 


Sumber: amindarts,blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top