Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

Pages

30 April 2024

Selangor Asia Challenge 2024: Selangor 4-0 Young Elephants FC Highlights


Selangor FC (SFC) telah menjamin gelaran Cabaran Asia Selangor (SAC) 2024 menjadi milik mereka setelah mengalahkan wakil dari Laos, Young Elephants FC, dengan skor 4-0 dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Kemenangan dua kali berturut-turut oleh pasukan Nidzam Jamil membolehkan mereka mengatasi pesaing dengan 14 mata keseluruhan setelah menambah tujuh mata lagi dengan kemenangan mereka ke atas Young Elephants FC.

Sebelum ini, mereka telah mengumpulkan tujuh mata daripada kemenangan hebat 4-0 ke atas wakil dari Brunei, DPMM FC, dalam aksi pertama mereka pada Jumaat yang lalu.

Dalam aksi tersebut, SFC tidak perlu menunggu lama untuk mengambil keunggulan apabila hantaran Safuwan Baharudin disudahkan oleh Alvin Fortes seawal minit kesembilan untuk gol pertama perlawanan.

Fortes, yang mencipta gol pembukaan untuk SFC, menjadi pencipta bagi gol kedua mereka apabila hantaran lintangnya dengan menggunakan 'outside footnya' disambut dengan tandukan yang cemerlang oleh Safuwan pada minit ke-35.

Meneruskan ke babak kedua, SFC terus menekan dengan gol ketiga yang dicapai melalui rembatan kemas Faisal Halim yang mengatasi Anulak Vilaphonh untuk ketiga kalinya pada minit ke-53.


Pemain pengganti, Syahir Bashah, dengan cepat menyambut percubaan awal Alex Agyarkwa yang mengenai tiang pada minit ke-73 untuk menyelesaikan kemenangan bergaya bagi pasukan tuan rumah.

Pasukan 'The Red Giants' akan memulakan kempen Liga Super 2024/25 dengan aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei ini.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

back to top