Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

Pages

30 April 2024

FAM Tak Perlu Dirombak - Timbalan Presiden FAM

 


Rombakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebagaimana yang dicadangkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bertujuan untuk memastikan perkembangan bola sepak negara. Namun, bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad, berpendapat bahawa rombakan tidak perlu dilaksanakan bagi semua jawatan dalam organisasi tersebut. 

Menurutnya, yang perlu dirombak adalah jawatan-jawatan yang berkaitan dengan prestasi pasukan kebangsaan seperti pengarah teknikal dan beberapa jawatan lain yang tidak memberikan impak yang besar.

Selain itu, beliau juga yakin bahawa sistem pembangunan semua pasukan kebangsaan bermula dari skuad muda harus diberikan penyegaran. "Rombakan menyeluruh FAM tidaklah tepat menurut saya kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah."

"Rombakan itu mungkin hanya melibatkan beberapa jawatan seperti bahagian teknikal dan pengurusan skuad, bukan sahaja pasukan senior tetapi juga meliputi semua pasukan kebangsaan. "Mungkin mereka yang ada dalam jawatankuasa tersebut sudah melakukan yang terbaik tetapi ia tidak cukup dan perlu ada perubahan agar idea untuk pasukan kebangsaan lebih segar. Kita perlukan pakar untuk sistem bola sepak kita," katanya kepada Sukan Sinar.

Sebelum ini, FAM dikritik selepas skuad Harimau Muda pulang awal tanpa sebarang mata dalam kempen Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Qatar. Beberapa pihak tampil memberikan cadangan agar FAM dirombak termasuk Khairy Jamaluddin yang percaya ini waktu sesuai untuk FAM melakukan peralihan pucuk pimpinan.

Ridzuan berkata, kegagalan skuad B-23 negara di Qatar itu juga menunjukkan kegagalan sistem dan perancangan yang telah diatur sejak lima tahun lalu melibatkan kualiti pemain di peringkat akar umbi. "Kualiti pemain pada hari ini adalah berdasarkan apa yang dibuat lima tahun lepas. Kalau kita bawa jurulatih terbaik pun susah nak bawa pasukan dengan kualiti yang kita ada hari ini. FAM perlu ada sistem yang baharu untuk tempoh lima tahun akan datang. Perancangan perlu dibentuk kerana skuad B-23 ketika ini boleh dikatakan gagal. Sudah tiba masanya melakukan perubahan bagi memastikan sistem baharu ini berjaya untuk skuad negara," katanya.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

back to top