Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

Pages

01 Mei 2024

Pra-musim 2024/2025: Kedah Vs Penang FC Highlights Video


Kedah Darul Aman (KDA) terus mempertahankan rentak cemerlang mereka dengan menewaskan Penang FC 3-1 dalam saingan pramusim di Stadium Darul Aman, baru-baru ini. Perlawanan dikepit 1-1 pada separuh masa pertama melalui jaringan Habib Haroon dari skuad Sang Kenari dan jaringan Richard Ankrah dari Penang. Pada minit ke-35, Adib Ra'op dari Penang diusir keluar dengan kad merah selepas insiden di kotak penalti, setelah pengadil merujuk kepada VAR. Ketika separuh masa kedua, 

KDA meneruskan keunggulan dengan menambah dua jaringan lagi, masing-masing oleh Milos Gordic melalui sepakan penalti pada minit ke-52 dan satu lagi pada minit ke-65. Sementara itu, dalam siri jelajah Lembah Klang pramusim, skuad KDA FC B turut berjaya menang besar dengan keputusan 4-0 menewaskan Armed Forces di Padang Bola Sepak Mindef, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

back to top