Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas

Pages

06 Mei 2024

Video Liverpool Vs Tottenham Hotspurs May 5, 2024


Anak buah Klopp memenangi perlawanan menentang Tottenham Hotspur 4-2 di Anfield pagi tadi dalam suasana yang sangat menggembirakan di stadium, walaupun jawapan beliau kekal sama.

"Keputusan saya utuk meninggalkan pasukan mungkin kelihatan agak aneh, dan mungkin tiada siapa yang benar-benar memahaminya, tetapi saya cuba menjelaskannya," kata Klopp mengenai keputusannya.

Artikel berkaitan: Video Highlights Machester City Vs Wolvhampton Wanderes EPL 2024/2025

"Saya tidak mengatakan bahawa saya kurang gembira dengan atmosfera di stadium atau dengan cara kami bermain bola sepak."

Jaringan menerusi Mohamed Salah, Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliott memberikan kemenangan penting yang diperlukan anak buah Klopp yang hanya menang sekali daripada lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terakhir, sekali gus dilihat hampir tercicir daripada pemburuan takhta.

Kemenangan itu meletakkan peluang mereka secara matematik untuk menjuarai liga amat tipis, apabila ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal dengan baki dua lagi perlawanan.

Selain itu, LIverpool ketinggalan empat mata di belakang juara bertahan, Manchester City yang menduduki tangga kedua, tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding kedua-dua pasukan itu.

Klopp yang akan membuat penampilan terakhir di tepi padang di Anfield apabila Liverpool melayan Wolverhampton Wanderers pada aksi terakhir musim pada 19 Mei, turut ditanya apa yang dilakukannya untuk meyakinkan penyokong Liverpool sejak dilantik pada 2015.

"Kelab ini sangat istimewa. Saya tidak membuat mereka percaya, tapi saya mengingatkan mereka betapa sangat membantu sekiranya mereka apabila anda percaya dan itu yang saya lakukan.

"Semua orang bersedia untuk bergerak bersama-sama. Itu yang kami lakukan selama lapan tahun enam bulan."

Match Highlights:

 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

back to top